Sunday, July 15, 2012

Tempat-tempat menarik di Selangor

hai ollllsss  selamt sejahtera semua hari ni aku nak cerita tentang tempat tempat yang menarik di selangor memandangkan aku berasal dari kalng so x salah la aku nak promote temapt tempat yang menarik yer x ? ok jommmm

Kuala Lumpur International Airport
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibukota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion.























 Pulau Ketam
Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.














 Sunway Lagoon
Sunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.

   

 Batu Caves
Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.

   




 Mines Wonderland
Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.


  



Paya Indah Wetlands
Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.

   

  

Zoo Negara
Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung.

 
ni pandangan hadapan zooo pintu masuk

tapir yang enak enak posing

zirafah , comel kan ?

gajah sedang buat show

ni keretapi yang bawak gi jalan jalan kat sekitar zooo atau buggy kot aku pun x tau ape mende alah ni

Litar Antarabangsa Sepang
Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa

   cantik



Wet world
Terletak di Shah Alam. Wet World merupakan taman tema air yang sangat menyeronokkan. Ia juga terletak bersebelahan dengan Tasik Shah Alam dan akuaria, jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut. Pastinya, pengunjung akan merasa puas apabila memasuki ke kawasan Wet world ini.

  

 
 

 

Menara Tinjau
Terletak di Bukit Ampang. Sangat menarik dan strategik. Anda akan dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur secara penuh dari sini, lebih menarik kalau pergi waktu malam. Makanan di sana juga sedap-sedap. Terdapat satu Restoran makanan Arab baru untuk pelawat yang datang.

   

   

Bukit Jugra
Terletak di Banting, Selangor. Merupakan tempat yang terkenal untuk sukan Paragliding tempat iaitu permainan luncur udara bagi Negeri Selangor. Rumah api pun ada di sini.

 

Pantai Morib, Banting Selangor.
Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam! Sejak tahun 2010, Pantai Morib telah berubah menjadi lebih baik, dengan idea lanskap yang menarik untuk riadah sekeluarga. Datanglah ke Morib!

  

 

  ok demikian la tempat tempat yang menarik di negeri selangor yang dpt aku kongsi dengan korang semua k

1 comment:

  1. Hi, my name is Roziana and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite u to creating fun at our water park.The park is ideal to host group functions,carnival,parties,family day,school picnics,corporate event and fund raising activities.At Wet World Water Park Shah Alam time will cease to exist while all your water fantasies are fulfilled.
    Please do not hesistate to contact 03-55132020/016-3441373 or email me to roziana@owg.com.my to get free quotation.
    Thank you.

    ReplyDelete