Monday, April 3, 2017

Kecewa

Selamat sejahtera kepada para blogger dan silent readers , hari ni aku nak criter tentang perasaan aku yang kecewa dengan anak buah aku .
Sebenarnya, minggu lepas aku balik bercuti di kampung halaman ku.... hah! Dah berapa lama tak balik? Dah 3 bulan dah tak balik haha hebat tak? Hebat la jgk ....
Aku balik bercuti nak tenangkan fikiran ... tapi sebenarnya hati aku tak tenang pun ... hurmmm ini la lumrah manusia , pening nak hadap .... X terluah rasanya nak bercerita ....sampai sini je aku boleh tulis .... da........
Jadahnya da.....

Monday, March 20, 2017

Sekadar tulisan

Hai sume,  selamat malam kepada yang belum tido macam aku.... hahahah ok hari no aku blogwalking dari bilik comel ku , sebenarnya hari ni shift aku abis lambat penat la kerja 12 jam sehari . Bukan ape, bulan ni jadual aku asyik start kerja jam 8 pagi je adoiii penat kot menbuatkan diri ini selalu berlari larian mengejar waktu yang amat melelahkan , tadi aku sampai bilik jam 8.30 malam ye la pastu aku mengejar waktu untuk membuat mask kat muka aku stakat ni stiap hari aku letak masker kat muka ye la sape tak nak cantik you all , aku buat semua ni pun untuk diri aku you alls bukan untuk sesiapa pun then aku memang terkejar2 jugak la tadi tapi tak de la sampai nak berlari larian ( macam hindustan) tu tak la cuma nye tak sempat makan la disebabkan nak letak masker kat muka . Oh ye setakat ni stiap hari aku letak masker dan aku buat dalam 1 jam lepas tu aku basuh then baru letak krim kat muka sebelum tido harap harap diri ini rajin la buat rutin harian ni Sampai hari raya nanti sebab tahun ni aku raya dengan family hahaah harap2 tahun ni dapat aku bertemu jodoh yang diredhai ...aku teringin jugak macam orang lain ada kluarga sendiri. Hahaha sebaik2 perancang adalah sang pencipta .. insyaallah one day .... amin ok la babai aku cau dulu .....

Maaf

Hai korang hari ni aku blogwalking dari ofis aku kat kelana jaya . Hah! Ape? Ofis ape? Ish mana boleh bagitahu syarikat ape u all's ni .. ok hari ni aku nak bincangkan tentang perkataan MAAF yang paling senang disebut oleh orang orang melukakan hati orang lain dengan teruk sekali . Persoalan nya sekarang , adakah orang yang sudah MELUKAKAN itu layak untuk di maafkan? Kalo korang tanya aku, aku tak maafkan sampai bila bila walaupun orang tu sudah insaf sekalipun namun memaafkan tidak sekali.
Nampak tak keras sangat hati aku ? Memang hati aku sangat keras sebab orang yang MELUKAKAN yang mengajar aku erti KEKERASAN... so jangan salahkan aku jika aku membalas setiap KELUKAAN yang telah korang berikan kepada aku yang amat perit untuk aku TELAN . Jika inilah HADIAH yang patut aku berikan kepada korang , akan aku berikan HADIAH tersebut kepada yang layak MENERIMA  dan pada ketika itu korang RASAKAN ape yang selama ini aku RASA .
Di saat aku MELANGKAH pergi saat itu jugak lah segala KEPERITAN itu menghantui diri aku dan sehingga sekarang ( setelah 2 tahun aku bekerja di tempat baru) KEPAHITAN itu masih ku terasa.
Buat keluarga , terima kasih kerana memberi HADIAH EMOSI yang bermakna bagi aku dan ia banyak memberi kesedaran kepada diri ini untuk BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI sekaligus membuka mata ahli keluarga ku yang lain bahawa secacat cacat diri ini mampu untuk berdikari sendiri tanpa mengharapkan belas ehsan adik beradik dan dapat MENUTUP MULUT ipar ipar yang selama ni sedap menghina aku sesuka hati.
Buat orang yang ku sayangi , saya harap awak sedar kesilapan yang telah awak lakukan walaupun kelukaan itu amat pahit untuk di telan . Ya saya sedar  diri ini tidak layak untuk awak dan saya pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersama awak oleh kerana ape? Oleh kerana kekurangan diri ini yang membataskan... saya sedar awak, dah lama saya sedar tentang perkara ini.. salah ke jika diri hanya ingin berkawan? hanya sekadar kawan tak lebih dari itu . Tapi oleh kerana mulut orang ..... awak tegar menolak diri ini tanpa belas kasihan , sungguh kejam dirimu wahai manusia... walaupun jauh di sudut hati ini masih ada secebis preseason menyayangi tapi aku takut diri ini akan terluka lagi . Buat dirimu wahai yang ku rindui , aku amat menyayangi dirimu sayang..... walaupun dikau tidak pernah menerima diri ini akibat kekurangan diri ini serta mulut orang yang tidak pernah habis mengata ... cukup la sekadar diri ini melangkah pergi sekaligus memberi ruang buat dirimu mencari kebahagiaan yang engkau idamkan selama ini ... walaupun diri ini tidak pernah engkau inginkan aku harap aku lah orang terakhir yang akan kau lukai .. sekarang ni baru la ku tahu " kita tak boleh nak paksa orang suka kat kita " ( senyuman dalam luka)
Buat orang orang yang pernah melukai aku harap korang akan dapat karma yang setimpal atas perbuatan korang sebab aku nak korang rasa ape yang aku lalui..... namun untuk memafkan tidak sekali .
Buat ofis ku , terima kasih kerana beri ruang pada diri untuk berdaya saing selaras dengan orang normal dan sekaligus membina diri agar tiada sesiapa memandang rendah pada diri ini .
Buat sang pencipta , terima kasih Ya Allah bantuan mu datang tepat pada waktu nya di saat diri ini di landa kesedihan kau datangkan kebahagiaan yang tidak di duga dan sekaligus dapat merubah diri ini menjadi yang lebih baik dari sebelum nya. Aku sangat gembira dengan kehidupan baru ku dengan di keliling insan insan yang menggembirakan dan dilimpahi rezeki yang cukup. terima Ya Allah, benarlah kata pepatah .... yakin lah , Allah itu sebaik2 pemberi . Sekian saja coretan duka yang lama terpendam baru sekarang mampu meluah ....

Sunday, March 19, 2017

Aku pelik

Hai korang sume hari ni aku blogwalking dari dalam bilik aku je ... hurmm..
Hujan diluar turun mencurah2 bagai mengerti perasaan ini suasana yang dingin membuatkan mata ini hampir layu terpejam dek kerana kesejukan yang melanda cehhhh ayat tak bleh blah  ok ok dah dah dah hari ni aku nak bincang tentang perangai lelaki bila sebelum couple dan selepas couple . Aku pelik, bukan nya apa sebab perangai lelaki ni secara umum nya kalo sebelum dapat tackle sorang perempuan tu dia sanggup buat ape saja untuk perempuan yang dia sayang la ( kononya la ) tapi bila dah DAPAT they all ni boleh pulak buat perangai macam haram jadah ye la maksud aku kalo your guys dah tahu nak DAPAT tu punya la susah bila dah DAPAT your guys jaga la that girl elok elok ni tak buat perempuan tu macam haram je kadang2 boleh pulak that guys buat perempuan tu macam tak wujud , adoiii kadang ada tu kalo that guy dah tahu perempuan tu dok tergila2 kan dia , that guy pulak yang buat perangai dan makhluk yang bergelar perempuan ni pun ye la sebab dah sayang kan kena ikut je la perangai that guy yang kadang kadang ntah ape2 ... aku sebenarnya ada soalan nak tanya kat that guy yang luar sana , apsal korang bila dah dapat that girl yang korang suka , korang pulak yang buat perangai ye? Korang dah tahu that girl sayang your guy kan? So nak ape lagi? Korang nak uji we alll untuk ape? Sebab korang susah nak dapat that girl masa dulu , macam tu? Kalo koramg dah tahu susah nak DAPAT tak payah nak mulakan LANGKAH .. then tak der la that girl sakit hati bila tahu you all saja nak permainkan perasaan diorang ... come on guys you all dah besar kot takkan benda simple macam ni pun korang suka buat main2 , seronok gamaknya korang permainkan hati orang , habis yang korang permainkan hati perempuan tu apa cer? Fikir la korang ada adik2 perempuan kalo adik perempuan you all ada dalam situasi tu ape you all rasa. Fikir secara matang guys jangan jadi budak2 ... ok babai

Saturday, March 18, 2017

Perempuan normal vs lelaki PWD & lelaki normal vs perempuan PWD

Hai sume hari ni aku nak bincangkan tentang tajuk entry aku kat atas tu , dari apa yang aku nampak memang betul perempuan normal lagi senang terima lelaki PWD sebab ape tau , sebab perempuan ni memang lumrah nya kalo suka dekat somebody tu x kesah la buruk macam mana sekali pun dia tetap boleh trima yang pasti dia memang sayang giler2 . Berbanding dengan lelaki normal sangat susah untuk terima perempuan PWD ini mungkin sebab lelaki normal perlukan seseorang yang boleh uruskan diri dia dengan sempurna itu mungkin pendapat aku sahaja , ape kata pendapat korang? Tak pe korang komen je ape2 pun yang pasti berkaitan la dengan tajuk entry aku ni ok selamat malam.

Tuesday, March 14, 2017

Muka pedih

Hai sume hari ni aku nak cakap tentang muka aku yang pedih lepas mandi tadi adoiiii sakitnya la haiii sebenarnya bukan takot pasal sakit tu tapi takot ada parut kat muka akibat muka pedih tu ye la aku ni dah la dalam proses nak jaga kulit bagi halus mulus putih melepak bagai ni tup tup sebab cuai dah muka ada parut dah la kalo ada parut susah gila nak hilangkan hummm . Ape ??? Kenapa jadi macam tu? Tadi masa mandi lepas aku span badan, aku pun terus la span kat muka tak de la aku nak tonyoh kuat sangat tapi dah nama span lembut pun still sakit tu la niat di hati kalo span kat muka boleh la hilangkan segala jenis kerak2 yang ada kat muka ni maklum la tak de sape yang ajar aku cara jaga muka dengan betul jadinya aku pun belajar sendiri la tu pun aku berterima kasih kat internet sebab dari situ la aku banyak belajar macam mana nak jaga muka dan kulit dengan baik . Adoi harap2 ok la muka aku ni amat merisaukan ... ok la aku tido dulu babai

Monday, March 13, 2017

Sakit hati

Hai selamat malam sume hari ni aku sakit hati giler sebab ape? Sbb bdk kfc buat hal dengan aku , aku just tego dia kalo nak masak, masak la tapi cover la jgn la smpai kantoi kitorng pn masak jgk tapi kitorang cover.  Diorng yang tak dapat trima aku cakap nak buat mcm mna? Salah ke? Budak yang pemikiran tahap telapak kaki Memang mcm ni pening kepala bodoh nak mampus