Saturday, September 22, 2018

Kenapa?

Hai u all selamat malam sume  hari ni aku blogwalking dari bilik sewa ku, dh beberapa hari aku tak tulis entry dalam blog ni hurmmm sebenarnya bukan tak nak tulis... Idea nak menulis ada cuma nya susah untuk luah dalam bentuk tulisan ayoyoyo (sambil menggeleng kepala).
Tajuk entry aku hari ni adalah berbentuk soalan iaitu... KENAPA? Kenapa lelaki normal susah sangat nak terima perempuan OKU? Dan kenapa lelaki OKU pun susah nak terima perempuan OKU? Ok kalau lelaki normal tu aku faham la kenapa di orang susah nak terima perempuan OKU pertamanya sebab diorang akan terfikir (sedangkan diri sendiri pun susah nak jaga inikan pula dia nak jaga aku nanti) ya memang betul ianya tak salah kalau diorang fikir macam tu sebab of course la diorang nak yang terbaik untuk diri diorang (walaupun diri diorang tak berapa nak baik) kalo aku normal pun akan terfikir perkara yang sama... Yang keduanya.. Diorang akan terfikir OKU ni akan menjadi bebanan kepada mereka sebab dalam pemikiran orang normal ni diorang tak kan espek apa yang OKU ni mampu buat... Contohnya dalam aspek menguruskan hal berkaitan rumah tangga.... Kemas rumah  sidai kain, masak, basuh baju, layanan kepada suami (kalo yang dah kahwin) ....dalam pemikiran orang normal akan ada satu tanda tanya iaitu...macam mana OKU nak uruskan semua perkara yang dinyatakan di atas... Sedangkan kalo OKU itu sendiri diberi peluang diorang boleh je buat selaras dengan cara orang normal buat cumanya cara adalah berbeza... Contohnya mop & sapu lantai, kalo orang normal diorang akan berdiri untuk lakukan  Kerja2 tersebut... berbeza dengan OKU... diorang akan menggunakan wheelchair untuk membuat Kerja2 tersebut sama juga dengan masak kalo orang normal dia akan berdiri untuk masak tapi OKU akan menggunakan kerusi untuk memudahkan Kerja2 memasak... Nampak tak?  OKU boleh buat kerja cuma nya cara kami berbeza dengan orang normal... Jangan prejudis dengan OKU sebab ORANG NORMAL TAK KAN SELAMANYA MENJADI NORMAL dan ORANG NORMAL LA PALING SENANG SEKALI JADI CACAT. sekian coretan dari aku 

No comments:

Post a Comment