Saturday, September 29, 2018

Tips menabung cara aku

Hai salam sejahtera semua  korang sihat ke? Aku? Alhamdulillah sihat je... Ok hari ni aku nak bagi tahu tips menabung yang ku dah amalkan sejak dulu lagi
Ok masa mula mula aku kerja kat tempat aku yang sekarang ni aku hanya ada 2 tabung dan 1 bank .. 2 tabung tu aku Just isi duit syiling dan 1 lagi tabung isi duit RM 1  dan bank aku tu plak aku memang masukkan tiap2 bulan tapi dalam masa yang sama aku jadi pening sebab nya duit kat bank tu la aku nak buat belanja duit barang, belanja duit balik kampung, belanja duit raya dan lain2,  lama lama aku jadi pening dan sedih sebab aku gagal nak manage duit aku sendiri dalam masa yang sama aku sentiasa terfikir macam mana nak simpan duit Dengan cara yang betul? Dan ada 1 malam tu (mungkin masa tu pintu langit terbuka) aku berdoa dan berfikir tentang cara simpan duit yang betul.... tak sampai beberapa minit aku dapat ilham dan dari situ la bermula nya aku dapat idea cara simpan duit dengan betul dan aku amalkan sampai sekarang  alhamdulillah aku tak rasa susah lagi seperti sebelum ni... Haaaaa ape dia? Nak tahu cara ? Ok ok kat bawah ni aku kongsi kan... Kesian kat korang,
1. Korang kena kenal pasti duit gaji ada berapa 
2. Buat beberapa tabung (beli je kat kedai rm2 banyak tabung ada)
3. Kategorikan setiap tabung  contohnya tabung duit balik kg,  tabung duit belanja raya, dan tabung beli barang dapur
4. Kategorikan pula setiap tabung tu nak masuk kan berapa setiap bulan Cthnya untuk setiap tabung korang masukkan RM 100 so klo ada 3 tabung makanya 300 la korang kena ketepikan dari gaji korang tu
5. Utk duit dalam bank plak .... Duit baki hasil daripada korang tolak duit gaji untuk komitmen korang cthnya duit sewa rumah, duit transport, duit top up, duit belanja ofis, duit belanja kat rmh, dan duit tabungan 300 tdi, lepas dah tolak2 tadi HASILnya baru la korang masukkan dalam bank... tak kesah la baki duit tu ada berapa yang penting korang perlu masukkan setiap bulan
6. Kena ada disiplin dalam cara simpanan versi aku (insyaallah korang takkan pening lagi)
7. Jangan Lupa sedekah ( tak kesah la korang bela kucing ke untuk jadikan dia tempat untuk ko bagi sedekah, ataupun tiap2 kali Jumaat ko sedekah kat tabung masjid/surau ke tak pe tapi yang penting mesti sedekah)ok aku nak criter sikit bab sedekah ni, dulu aku pun bukan jenis yang bersedekah .. Tapi bila aku borak dengan romate aku dan dari situ la aku tahu makna dan kelebihan sedekah, bermula dari hari tu aku cuba buat sedekah itu jadi amalan aku dan alhamdulillah duit aku sentiasa cukup... Itu la kelebihan sedekah
Dan sekian sahaja tips dari aku ... Selamat malam....

No comments:

Post a Comment