selamat sejahtera semua , korang sihat ke ? bersahur tak pagi tadi ? puasa tak hari ni? aku? confem la puasa tapi bangun sahur jer la tak pagi tadi . ok hari ni aku nak cerita pasal admire aku di zaman sekolah dulu cerita ni terjadi masa aku kat sekolah menengah di SMKTG masa tu aku form 3 dan my admire tu form 5 . aku ni susah nak suka kat orang terutama sekali dengan kaum adam memang la aku teramat sangat susah nak mendekati golongan ini sebab ape ? sebab aku rasa rendah diri sebab aku tak sempurna macam orang lain, sebenarnya aku memang dah suka kat seorang abang ni masa mula mula aku kenal dia aku memang tak suka tau tengok dia padahal dia tak buat apa apa pun dengan aku tapi seriusly aku memang tak suka macam macam aku gelar dia cicak kobeng la , kurus keding la buat pengetahuan korang dia memang kurus pun tapi tak ada la kurus keding kurus tinggi orangnya nak kata hensem tu memang hensem la ... abang ni merupakan ketua pengawas kat sekolah aku kalau dah namanya pun ketua pengawas sekolah confem la imej penampilan gaya cara adab tatasusila semua tu kena jaga betul tak ?
so start dari hari tu aku memang dah start admire giler kat dia korang tau tak tahap keterujaan aku ni terhadap dia sampai aku berusaha maju kan diri aku dalam sekelip mata maksudnya kerana abang tu aku berusaha jadi pelajar terbaik dalam kelas kerana abang tu aku menonjolkan diri untuk buat public speaking kat perhimpunan kerana abang tu aku berusaha untuk belajar kerana abang tu aku selalu datang ke sekolah jarang ponteng pendek kata aku buat banyak perkara hanya kerana demi abang tu kiranya abang tu jadi sumber inspirasi aku yang sangat mendalam . bila setiap pagi aku datang sekolah aku mesti check motor dia dulu ada atau tak biasanya dia parking kat depan surau so bila aku pandang jer motor dia hati aku berbunga riang gila .. tu belum lagi tengok muka dia kalau dah dapat tengok muka dia lagi hati aku teruja untuk belajar matlamat aku satu jer masa tu aku nak maju sama macam abang tu so nanti dia tak ada la pandang rendah kat aku walaupun aku tak sempurna fizikal sekurang kurangnya ada perkara lain lagi yang boleh buat dia bangga dengan aku .. waktu rehat form 3 dengan form 5 tak sama so setiap hari bila waktu rehat pelajar form 5 jer abang tu mesti akan lalu depan kelas aku membuatkan aku teruja untuk tengok muka dia cara dia semua la tentang diri dia memang aku minat dan ambik tahu ... bermula dari tarikh lahir , dia anak ke berapa dalam adik beradik , rumah dekat mana semuanya aku tahu kiranya semua maklumat yang berkaitan diri dia ada dalam genggaman aku la .
aku ingat lagi masa tu bulan lapan aku sanggup telefon kakak aku yang dok kat melaka tu semata mata untuk tolong belikan hadiah untuk bagi kat abang tu tarikh lahir dia aku masih ingat sampai sekarang 18/8/ 1985 so kalau ikut perkiraan aku sekarang ni abang tu dah berumur 27 tahun la sebab dia tua dua tahun jer dari aku .. tahun tu aku nak ambik PMR tahu tu jugak aku nak berfoya foya tapi foya foya pun pelajaran aku tak abaikan walaupun aku main main kat sekolah tapi kat rumah aku still belajar siap ada jadual waktu belajar lagi masa nak serah kan hadiah untuk besday dia tu yang pasti bukan aku la yang serah kan tapi my kawan yang tolong, nak aku serah sendiri terasa malu pulak ... then tahun tu jugak aku ada kakak angkat yang sama kelas dengan dia sebenarnya aku pun tak sangka kakak tu satu kelas dengan my admire tapi itu la hakikatnya ... dan last sekali hari terakhir sekolah aku sempat kirim hadiah kat abang tu melalui my kakak angkat .. itu la ceritanya giler aku suka sangat kat abang tu , lepas dia habis form 5 abang tu pindah ke negeri sembilan sebab ikut famili dia tu pun sebab kawan aku yang bagitau sebab rumah dia selang satu dengan abang tu patut la setiap kali aku lalu depan rumah dia nampak macam tak ada orang jer rupanya memang dah pindah pun sejak dari hari tu aku langsung tak dengar khabar berita mengenai abang tu sampai sekarang tapi sebenarnya dalam diam aku mencari dia jugak aku tak kesah la dia dah kahwin ke atau masih bujang tapi yang pasti aku teringin sangat nak jumpa dia kalau tak dapat bertegur sapa pun janji dapat tengok muka dia pun jadi la asal kan aku tahu dia masih ada dan dia sentiasa sihat dan gembira itu pun dah cukup buat aku gembira .. ok byeeee
No comments:
Post a Comment