Sunday, July 15, 2012

tempat menarik di negeri kedah

 hai olssss kat bawah ni aku ada sertakan beberapa tempat menarik di negeri kedah untuk informasi semua ok jom ..... layan......

Balai Nobat
 Menjelang pembukaan Bandar Alor Star pada tahun 1735 oleh Sultan Mahammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Rekabentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ianya diperbuat daripada kayu.
Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baru diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ianya mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.
Di Balai Nobat ini disimpan segala alat Nobat termasuklah serunai, nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara-upacara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi.

 

Balai Nobat yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri di tengah bandar Alor Star. Bangunan ini dibina bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat dengan kayu dan berbumbungkan zink.














 
Pintu masuk ke Balai Nobat.

Bukit Kayu Hitam, Sempadan Kedah-Thailand
Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam.



balai seni

Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.

   

Batu Hampar Waterfall, Serdang

Terjun Batu Hampar terletak di daerah Yan  Kejernihan dan kesejukan air sungai Batu Hampar membuatkan anda berasa nyaman dan segar. Sungai ini berpunca dari Gunung Jerai yang berada pada paras ketinggian melebihi 300m dari aras laut.






Galeri Sultan Abdul Halim

Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandaraya (dikenali sebagai Kota Paris) bertentangan dengan Masjid Zahir, bersebelahan Wisma Negeri dan berhampiran Balai Seni, Balai Besar dan Balai Nobat.

Asalnya galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Namun ia diubahsuai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri. Pengunjung akan dapat mengenali lebih mendalam lagi tentang keperibadian Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah di galeri ini.

   

ok ni la serba sedikit aku bleh kongsi dengan u olll semua k

No comments:

Post a Comment