Monday, March 20, 2017

Maaf

Hai korang hari ni aku blogwalking dari ofis aku kat kelana jaya . Hah! Ape? Ofis ape? Ish mana boleh bagitahu syarikat ape u all's ni .. ok hari ni aku nak bincangkan tentang perkataan MAAF yang paling senang disebut oleh orang orang melukakan hati orang lain dengan teruk sekali . Persoalan nya sekarang , adakah orang yang sudah MELUKAKAN itu layak untuk di maafkan? Kalo korang tanya aku, aku tak maafkan sampai bila bila walaupun orang tu sudah insaf sekalipun namun memaafkan tidak sekali.
Nampak tak keras sangat hati aku ? Memang hati aku sangat keras sebab orang yang MELUKAKAN yang mengajar aku erti KEKERASAN... so jangan salahkan aku jika aku membalas setiap KELUKAAN yang telah korang berikan kepada aku yang amat perit untuk aku TELAN . Jika inilah HADIAH yang patut aku berikan kepada korang , akan aku berikan HADIAH tersebut kepada yang layak MENERIMA  dan pada ketika itu korang RASAKAN ape yang selama ini aku RASA .
Di saat aku MELANGKAH pergi saat itu jugak lah segala KEPERITAN itu menghantui diri aku dan sehingga sekarang ( setelah 2 tahun aku bekerja di tempat baru) KEPAHITAN itu masih ku terasa.
Buat keluarga , terima kasih kerana memberi HADIAH EMOSI yang bermakna bagi aku dan ia banyak memberi kesedaran kepada diri ini untuk BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI sekaligus membuka mata ahli keluarga ku yang lain bahawa secacat cacat diri ini mampu untuk berdikari sendiri tanpa mengharapkan belas ehsan adik beradik dan dapat MENUTUP MULUT ipar ipar yang selama ni sedap menghina aku sesuka hati.
Buat orang yang ku sayangi , saya harap awak sedar kesilapan yang telah awak lakukan walaupun kelukaan itu amat pahit untuk di telan . Ya saya sedar  diri ini tidak layak untuk awak dan saya pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersama awak oleh kerana ape? Oleh kerana kekurangan diri ini yang membataskan... saya sedar awak, dah lama saya sedar tentang perkara ini.. salah ke jika diri hanya ingin berkawan? hanya sekadar kawan tak lebih dari itu . Tapi oleh kerana mulut orang ..... awak tegar menolak diri ini tanpa belas kasihan , sungguh kejam dirimu wahai manusia... walaupun jauh di sudut hati ini masih ada secebis preseason menyayangi tapi aku takut diri ini akan terluka lagi . Buat dirimu wahai yang ku rindui , aku amat menyayangi dirimu sayang..... walaupun dikau tidak pernah menerima diri ini akibat kekurangan diri ini serta mulut orang yang tidak pernah habis mengata ... cukup la sekadar diri ini melangkah pergi sekaligus memberi ruang buat dirimu mencari kebahagiaan yang engkau idamkan selama ini ... walaupun diri ini tidak pernah engkau inginkan aku harap aku lah orang terakhir yang akan kau lukai .. sekarang ni baru la ku tahu " kita tak boleh nak paksa orang suka kat kita " ( senyuman dalam luka)
Buat orang orang yang pernah melukai aku harap korang akan dapat karma yang setimpal atas perbuatan korang sebab aku nak korang rasa ape yang aku lalui..... namun untuk memafkan tidak sekali .
Buat ofis ku , terima kasih kerana beri ruang pada diri untuk berdaya saing selaras dengan orang normal dan sekaligus membina diri agar tiada sesiapa memandang rendah pada diri ini .
Buat sang pencipta , terima kasih Ya Allah bantuan mu datang tepat pada waktu nya di saat diri ini di landa kesedihan kau datangkan kebahagiaan yang tidak di duga dan sekaligus dapat merubah diri ini menjadi yang lebih baik dari sebelum nya. Aku sangat gembira dengan kehidupan baru ku dengan di keliling insan insan yang menggembirakan dan dilimpahi rezeki yang cukup. terima Ya Allah, benarlah kata pepatah .... yakin lah , Allah itu sebaik2 pemberi . Sekian saja coretan duka yang lama terpendam baru sekarang mampu meluah ....

No comments:

Post a Comment