Saturday, September 29, 2018

Tips menabung cara aku

Hai salam sejahtera semua  korang sihat ke? Aku? Alhamdulillah sihat je... Ok hari ni aku nak bagi tahu tips menabung yang ku dah amalkan sejak dulu lagi
Ok masa mula mula aku kerja kat tempat aku yang sekarang ni aku hanya ada 2 tabung dan 1 bank .. 2 tabung tu aku Just isi duit syiling dan 1 lagi tabung isi duit RM 1  dan bank aku tu plak aku memang masukkan tiap2 bulan tapi dalam masa yang sama aku jadi pening sebab nya duit kat bank tu la aku nak buat belanja duit barang, belanja duit balik kampung, belanja duit raya dan lain2,  lama lama aku jadi pening dan sedih sebab aku gagal nak manage duit aku sendiri dalam masa yang sama aku sentiasa terfikir macam mana nak simpan duit Dengan cara yang betul? Dan ada 1 malam tu (mungkin masa tu pintu langit terbuka) aku berdoa dan berfikir tentang cara simpan duit yang betul.... tak sampai beberapa minit aku dapat ilham dan dari situ la bermula nya aku dapat idea cara simpan duit dengan betul dan aku amalkan sampai sekarang  alhamdulillah aku tak rasa susah lagi seperti sebelum ni... Haaaaa ape dia? Nak tahu cara ? Ok ok kat bawah ni aku kongsi kan... Kesian kat korang,
1. Korang kena kenal pasti duit gaji ada berapa 
2. Buat beberapa tabung (beli je kat kedai rm2 banyak tabung ada)
3. Kategorikan setiap tabung  contohnya tabung duit balik kg,  tabung duit belanja raya, dan tabung beli barang dapur
4. Kategorikan pula setiap tabung tu nak masuk kan berapa setiap bulan Cthnya untuk setiap tabung korang masukkan RM 100 so klo ada 3 tabung makanya 300 la korang kena ketepikan dari gaji korang tu
5. Utk duit dalam bank plak .... Duit baki hasil daripada korang tolak duit gaji untuk komitmen korang cthnya duit sewa rumah, duit transport, duit top up, duit belanja ofis, duit belanja kat rmh, dan duit tabungan 300 tdi, lepas dah tolak2 tadi HASILnya baru la korang masukkan dalam bank... tak kesah la baki duit tu ada berapa yang penting korang perlu masukkan setiap bulan
6. Kena ada disiplin dalam cara simpanan versi aku (insyaallah korang takkan pening lagi)
7. Jangan Lupa sedekah ( tak kesah la korang bela kucing ke untuk jadikan dia tempat untuk ko bagi sedekah, ataupun tiap2 kali Jumaat ko sedekah kat tabung masjid/surau ke tak pe tapi yang penting mesti sedekah)ok aku nak criter sikit bab sedekah ni, dulu aku pun bukan jenis yang bersedekah .. Tapi bila aku borak dengan romate aku dan dari situ la aku tahu makna dan kelebihan sedekah, bermula dari hari tu aku cuba buat sedekah itu jadi amalan aku dan alhamdulillah duit aku sentiasa cukup... Itu la kelebihan sedekah
Dan sekian sahaja tips dari aku ... Selamat malam....

Saturday, September 22, 2018

Kenapa?

Hai u all selamat malam sume  hari ni aku blogwalking dari bilik sewa ku, dh beberapa hari aku tak tulis entry dalam blog ni hurmmm sebenarnya bukan tak nak tulis... Idea nak menulis ada cuma nya susah untuk luah dalam bentuk tulisan ayoyoyo (sambil menggeleng kepala).
Tajuk entry aku hari ni adalah berbentuk soalan iaitu... KENAPA? Kenapa lelaki normal susah sangat nak terima perempuan OKU? Dan kenapa lelaki OKU pun susah nak terima perempuan OKU? Ok kalau lelaki normal tu aku faham la kenapa di orang susah nak terima perempuan OKU pertamanya sebab diorang akan terfikir (sedangkan diri sendiri pun susah nak jaga inikan pula dia nak jaga aku nanti) ya memang betul ianya tak salah kalau diorang fikir macam tu sebab of course la diorang nak yang terbaik untuk diri diorang (walaupun diri diorang tak berapa nak baik) kalo aku normal pun akan terfikir perkara yang sama... Yang keduanya.. Diorang akan terfikir OKU ni akan menjadi bebanan kepada mereka sebab dalam pemikiran orang normal ni diorang tak kan espek apa yang OKU ni mampu buat... Contohnya dalam aspek menguruskan hal berkaitan rumah tangga.... Kemas rumah  sidai kain, masak, basuh baju, layanan kepada suami (kalo yang dah kahwin) ....dalam pemikiran orang normal akan ada satu tanda tanya iaitu...macam mana OKU nak uruskan semua perkara yang dinyatakan di atas... Sedangkan kalo OKU itu sendiri diberi peluang diorang boleh je buat selaras dengan cara orang normal buat cumanya cara adalah berbeza... Contohnya mop & sapu lantai, kalo orang normal diorang akan berdiri untuk lakukan  Kerja2 tersebut... berbeza dengan OKU... diorang akan menggunakan wheelchair untuk membuat Kerja2 tersebut sama juga dengan masak kalo orang normal dia akan berdiri untuk masak tapi OKU akan menggunakan kerusi untuk memudahkan Kerja2 memasak... Nampak tak?  OKU boleh buat kerja cuma nya cara kami berbeza dengan orang normal... Jangan prejudis dengan OKU sebab ORANG NORMAL TAK KAN SELAMANYA MENJADI NORMAL dan ORANG NORMAL LA PALING SENANG SEKALI JADI CACAT. sekian coretan dari aku 

Wednesday, September 12, 2018

Kisah rumah tangga

Hai apa khabar semua  korang sihat ke ? Dh makan? Haaaaa Ok2 hari aku nak criter tentang kisah rumah tangga.
Sejak kebelakangan ni aku tengok dan banyak  criter tentang keganasan rumah tangga  isteri buat hal suami tak bagi nafkah tak bertanggungjawab haiiiihhh pening kepala aku dan  membuatkan diri ini takot untuk kahwin, ye la kang kalo dapat lelaki lelaki yang tak guna tu kang macam mana? Mau nyer la aku ni meroyan plak.
Tadi masa aku kat ofis tinggal lagi beberapa minit nak balik tangan aku ni saja saja la on hanset dan aku layari fb... guest what????
Apa yang aku baca kat status seorang kawan aku masa aku belajar dulu WHAT??OMG!!!!!
Kawan aku ni dah kahwin so di orang ni pasangan OKU la dan dah hidup Bersama dalam 6 tahun gitu( dari apa yang aku baca kat status diorang tadi ) ok aku faham setiap pasangan confirm ada pertelingkahan dalam rumah tangga cuma nya yang mematangkan pasangan adalah cara korang mengatasi sesuatu masalah yang melanda dengan rasional atau pun emosi? Di bawah ini adalah cara cara yang aku fikir boleh diguna pakai untuk panduan pasangan yang baru dan yang dah lama mendirikan rumah tangga :
Korang perlu kenal pasti punca masalah itu berlaku.
Korang perlu dapatkan penjelasan dari pasangan tentang punca tersebut.
Korang perlu luahkan apa yang terbuku di hati dengan pasangan masing2 supaya pasangan korang tahu kesilapan diri dan cuba guide pasangan korang Supaya tidak ulangi perbuatan yang sama berulang kali.
Cara korang komunikasi dengan pasangan amat penting  Contohnya : kalo pasangan korang tu jenis yang baran korang jangan la simbah lagi dengan  Minyak ( jangan plak korang pergi simbah minyak petrol plak itu nak mati nama nya) korang kena la cakap elok elok bercakap dengan intonasi yang betul alaaaaa senang criter macam ni la macam  mana korang bercinta dulu dulu pun ada juga bergaduh kan? So cara apa yang korang gunakan untuk pujuk pasangan korang? Haaaaa cara tu juga la yang korang gunakan dalam alam rumah tangga ni, tak susah kan? Cuma korang je yang merumitkan keadaan.
Kalo nak bergaduh tu tolong la jangan tulis status kat fb, ya Allah korang tak malu ke? Criter pasal dalam kain luar kain sume bagai eeeeee tu la nye orang nak bercinta ko nak bercinta orang nak kahwin ko nak kahwin tapi tak pandai handle lepas tu bila ada masalah Masing2 meroyan dalam fb yang bini buat status yang laki dok komen2 adoi la haiiii korang ni cuba la jadi DEWASA sikit tak boleh ke? Time nak "main" tahu plak nak jadi Dewasa, tolong la jangan kahwin sebab nafsu tak kan kekal lama beb please be matured ok guys.
Ini la yang terjadi kat status fb kawan aku tadi tak pasal pasal satu dunia tahu tentang masalah ko masalah yang sangat peribadi, kepada para silent readers dan readers korang boleh guna cara yang aku bagi tu untuk masa depan korang dan masa depan aku jugak  tolong la ajar diri menjadi matang dan belajar untuk banyak membaca sebab bila banyak membaca pemikiran akan terbuka dan kita dapat banyak cara untuk penyelesaian masalah kalau bukan sekarang pun ia nya pasti akan tiba. Ok la guys aku tido dulu  ok daaa jadah nya daa 

Tuesday, September 11, 2018

Keluar jalan jalan

Hai u all selamat malam sume korang sume sihat ke hari ni? Hah ape? Aku? Sihat je.
Hari ni aku cuti public holiday la katakan hurmmm bosan giler kot romate aku sume kerja so maka nya hari ni aku sorang jer la yang ada kat bilik  akibat tahap ke kepemalasan yang tahap maksima aku pun keluar berjalan jalan di matahari mall dalam 10 minit perjalanan dari tempat tinggal aku... Naik ape? Naik grab la aku mana ada kereta tak mampu lagi wehhhh dah puas cuci mata aku makan kat food court kat situ sedap jugak la lama gak aku melepak kat situ sorang2 ntah tak tahu nak buat ape bosan sangat aku mana ada pakwe  ntah tak laku kot hahahahahah.
Susah nak explain bab jodoh ni nak kata aku ni hodoh sangat tak la plak tapi lelaki susah nak dekat ke aku yang menyeramkan hahahah (gelak tapi tak lawak) ok la aku cau dlu esok kerja plak daaaaaa jadah nye da

Monday, September 10, 2018

Kesedihanku masih tersisa

Haiiiiiii selamat malam semua, setelah sekian tidak tulis entry dalam my blog ni dan hari ni aku kembali menulis nya Semula.
Dah dah la tu nak bermukadiMah bagai, hari ni aku blogwalking dari bilik aku yg telah lama dihuni oleh aku dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni. Hari ni lepas balik dari kerja hati aku tiba tiba terdetik untuk stalker fb En tuah setelah beberapa lama tidak dibuka akhirnya aku akur dengan kehendak hati... Dengan lafaz bismillah aku menekan tetikus dan klik nama fb dia dan guest what??????? apa yang terpapar sangat sangat menyentap hati ini yang telah lama sedih dan segala ramalan aku selama ini adalah benar belaka .
Encik dah upload pic buah hatinya yang selama ini menjadi misteri dan perempuan itu adalah SAHABAT Baik aku sendiri semasa aku bekerja di JKM dahulu, amat pedih hati ini apabila mengenangkan SAHABAT aku sendiri menjalin hubungan ERAT dengan orang yang aku suka di belakang aku, dan hubungan yang dahulunya bermati matian dinafikan oleh SAHABAT aku kini menjadi kenyataan.
Amat payah untuk diri ini menerima hakikat yang terbentang luas di depan mata YA Allah mengapa aku yang perlu hadap semua ini Ya Allah, kenapa kau tak berikan teman yang sejati untuk diri ini Ya Allah mengapa semua orang yang aku sayang mesti aku tak dapat ya Allah pedih hati ini ya Allah pedihhhhh!!!!!
Dan gambar yang terpapar di Facebook milik En tuah adalah gambar mereka sama sama mencuci rumah, duduk bersama sama di balcony walaupun wajah perempuan itu aku tak nampak tapi susuk tubuh serta ketinggian perempuan itu amat aku kenal.. Berat sungguh dugaan mu... Mengapa hati ini sukar menerima???

  • Cukup la coretan  ku setakat ini .