Tuesday, September 26, 2023

Jumpa abg A

 Haiiii assalamualaikum smua apa khabar? korang sihat ke? Aku hari ni blogwalking dari bilik sewa aku yg dah 5 hari aku tinggalkan, sbnrnye (aku bawa hati yg sakit dan pedih) salah aku juga sebenarnya sbb aku suka kat laki org... Tdi mula2 aku cuba KUATKAN hati aku supaya JANGAN jumpa dia... Tapi apakan daya... Kehendak HATI tak selari dengan kehendak  FIKIRAN...

Mcm biasa utk mnggu ni aku tau jadual abg A krja masuk kul 6 ptg smpai kul 12 mlm nak dekat2 kul 11 tdi aku sengaja duduk depan bilik aku sambil aku tunggu abg A lalu sebab wktu2 macam ni biasanya dia akan lalu untuk tutup pintu kantin dan biasanya jugak dia akan lalu depan bilik aku kalau dia nampak aku kat situ tapi aku jarang la tunggu dia kat sini sebab takot kantoi pulak... aku letak syarat kat diri aku hanya akan jumpa dia seminggu sekali je bagi mengelakkan orang lain hidu hubungan kami yang dah berbaik semula almaklum la smua orang kat sini tau yang kitorang ni bergaduh so untuk elak diorang yang over thingking dan memang sedia  people toxic ni  itu je la cara yg terbaik untuk kami buat sekarang... Korang tau tak apa jadi waktu kitorang jumpa tadi? Aku Just nak Salam abg A je tapi dia cepat cepat tarik tangan dia memang la sempat salam tapi cara dia tu buatkan hati aku terluka... Kadang2 aku terfikir dia memang ada hubungan dengan S budak bilik sebelah tapi aku Just syak cuma blom dapat bukti yang kukuh... Faham tak korang? Kalau tak kenapa dia nak cepat2 tarik tangan dia kan ? Betul tak korang? Memang la potensi untuk budak bilik sebelah  nampak tu tinggi if diorang keluar bilik untuk pergi tandas waktu2 macam ni tapi biasanya waktu2 macam ni memang dah sunyi dah tempat ni so aku rasa benda tu selamat je sebab tak sampai seminit pun untuk  aku nak Salam dia.... Hati aku terluka giler beb... Dah la tak dapat call tak dapat wasap sebab dia awal2 lagi dah block aku Dua2 nombor plak tu  dia Block aku... Atas alasan... Takot kantoi dengan bini dia ... Jumpa pun kena sorok2... Ada ke perempuan pernah duduk dalam situasi aku? Bleh tak korang share tips macam mana lagi nak think positif supaya hati aku tak terlampau sedih? Korang rasa kan abg A ni betul2 sayang aku atau tak? Kadang2 aku rasa sedih giler sebab aku macam tak bleh terima kalau dia tak sayang aku... Tapi kita tak bleh paksa orang untuk sayang kita kan? Ya Allah tolong la aku bagi petunjuk dan bagi aku jalan penyelesaian adakah abang A ni betul2 sayang aku atau dia Just pergunakan aku je untuk kesenangan dia... Bantu aku YA ALLAH 


Saturday, June 25, 2022

25.6.2022

 Haiiii II smua slmat malam.. Hri ni aku blogwalking dari bilik sewa aku... Dh lama aku tak menulis... Hari ni aku tak tahu la nak rasa sedih ke ape sbb aku tak tahu apa yg aku nak dlm hidup aku... Bleh tak sesiapa tlg hiburkan aku... Sebab apa yg aku nak mesti aku tak dpt... Tak tahu la... Malang nasib aku ermmm ok la Tiba2 jdi blur pulak aku nak menulis hahahahahah lawak kan... Ermmm bye 

Thursday, July 8, 2021

9 julai 2021

 Hai smua hari ni aku blogwalking kat bilik sewa aku je... Hari ni 1 hari aku tak kluar bilik, sbb aku malas nak tgk muka2 yg menyakitkan... Aku banyak tenangkan diri je hri ni dan tdo... Syok oooo tido je ye la nak buat apa lagi kan selain buat taik mata....hri ni rasa mcm sedih sikit sebab  sebenarnya aku tak dapat apa yg aku nak ya Allah bantu la aku untuk aku cari jalan penyelesaian atas masalah yang aku hadapi ni... Masalah ape? Ermmm sebenarnya masalah aku tak ada berat sgt pun Just org salah fhm yang aku ni suka kat dia... Ermmm mcm mna nak yakin kan org spesis mcm ni ya? Ya Allah tolong la bagi aku jalan dan petunjuk untuk aku dapat menyedarkan orang mcm ni... Sedih mmg sedih tpi kan nak buat mcm mana ya? Tlg la bgi aku idea 

Tuesday, January 8, 2019

Saving method cara aku

Salam sejahtera semua... Sorry la sebab dah lama sangat tak tulis entry kat blog ni, bukan la aku malas nak tulis ke ape tapi.... Ada idea tapi tak terungkap dengan perkataan .

Hari ni aku nak cerita tentang saving duit. sebenarnya dulu pun aku tak pandai juga nak cari cara simpan duit yang betul dah macam macam cara aku buat untuk saving duit tapi sume tak menjadi.

One Day aku doa dalam hati supaya Allah tunjukkan cara simpan duit yang  Betul.. Then guess whatttt ?????memang betul Allah tu maha mendengar... Tiba tiba aku dapat ilham untuk cara simpan duit woow dan aku pun ikut cara tu sampai sekarang ok kat bawah ni aku akan tunjukkan.cara cara nya : 
- korang mesti ada sekurang kurang nya 4  
  Saving (yang ni untuk yang bujang ya) 
- dalam setiap saving tu korang kena ada 
  Kategori... Cthnya :
- duit balik kampung
-duit hari raya (tiap2 tahun ada target) 
-duit belanja dapur 
- duit simpanan 
Bila dah siapkan kategori ini baru korang buat keputusan setiap bulan korang nak Masukkan berapa dalam setiap kategori, Cth macam aku utk 3 saving ni aku  Akan sediakan 300 setiap bulan so maknanya dalam setiap kategori adalah 100. 
Untuk duit simpanan pula aku akan simpan bila aku dah tolak semua duit yang perlu aku sediakan untuk  setiap bulan kiranya baki tu baru aku akan simpan kat bank so kalo untuk saving kat bank ni aku tak tetapkan berapa jumlah untuk setiap bulan, tapi yang pasti setiap bulan aku akan masukkan tak kira la amaun nye sikit atau banyak. 
Ooo ye lupa pula aku untuk 3 kategori kat atas ni aku hanya guna tabung je untuk simpan.. Kiranya macam me

Ok tiba tiba aku blur nak tulis apa .. Kita sambung lagi untuk next entry 
 

Saturday, September 29, 2018

Tips menabung cara aku

Hai salam sejahtera semua  korang sihat ke? Aku? Alhamdulillah sihat je... Ok hari ni aku nak bagi tahu tips menabung yang ku dah amalkan sejak dulu lagi
Ok masa mula mula aku kerja kat tempat aku yang sekarang ni aku hanya ada 2 tabung dan 1 bank .. 2 tabung tu aku Just isi duit syiling dan 1 lagi tabung isi duit RM 1  dan bank aku tu plak aku memang masukkan tiap2 bulan tapi dalam masa yang sama aku jadi pening sebab nya duit kat bank tu la aku nak buat belanja duit barang, belanja duit balik kampung, belanja duit raya dan lain2,  lama lama aku jadi pening dan sedih sebab aku gagal nak manage duit aku sendiri dalam masa yang sama aku sentiasa terfikir macam mana nak simpan duit Dengan cara yang betul? Dan ada 1 malam tu (mungkin masa tu pintu langit terbuka) aku berdoa dan berfikir tentang cara simpan duit yang betul.... tak sampai beberapa minit aku dapat ilham dan dari situ la bermula nya aku dapat idea cara simpan duit dengan betul dan aku amalkan sampai sekarang  alhamdulillah aku tak rasa susah lagi seperti sebelum ni... Haaaaa ape dia? Nak tahu cara ? Ok ok kat bawah ni aku kongsi kan... Kesian kat korang,
1. Korang kena kenal pasti duit gaji ada berapa 
2. Buat beberapa tabung (beli je kat kedai rm2 banyak tabung ada)
3. Kategorikan setiap tabung  contohnya tabung duit balik kg,  tabung duit belanja raya, dan tabung beli barang dapur
4. Kategorikan pula setiap tabung tu nak masuk kan berapa setiap bulan Cthnya untuk setiap tabung korang masukkan RM 100 so klo ada 3 tabung makanya 300 la korang kena ketepikan dari gaji korang tu
5. Utk duit dalam bank plak .... Duit baki hasil daripada korang tolak duit gaji untuk komitmen korang cthnya duit sewa rumah, duit transport, duit top up, duit belanja ofis, duit belanja kat rmh, dan duit tabungan 300 tdi, lepas dah tolak2 tadi HASILnya baru la korang masukkan dalam bank... tak kesah la baki duit tu ada berapa yang penting korang perlu masukkan setiap bulan
6. Kena ada disiplin dalam cara simpanan versi aku (insyaallah korang takkan pening lagi)
7. Jangan Lupa sedekah ( tak kesah la korang bela kucing ke untuk jadikan dia tempat untuk ko bagi sedekah, ataupun tiap2 kali Jumaat ko sedekah kat tabung masjid/surau ke tak pe tapi yang penting mesti sedekah)ok aku nak criter sikit bab sedekah ni, dulu aku pun bukan jenis yang bersedekah .. Tapi bila aku borak dengan romate aku dan dari situ la aku tahu makna dan kelebihan sedekah, bermula dari hari tu aku cuba buat sedekah itu jadi amalan aku dan alhamdulillah duit aku sentiasa cukup... Itu la kelebihan sedekah
Dan sekian sahaja tips dari aku ... Selamat malam....

Saturday, September 22, 2018

Kenapa?

Hai u all selamat malam sume  hari ni aku blogwalking dari bilik sewa ku, dh beberapa hari aku tak tulis entry dalam blog ni hurmmm sebenarnya bukan tak nak tulis... Idea nak menulis ada cuma nya susah untuk luah dalam bentuk tulisan ayoyoyo (sambil menggeleng kepala).
Tajuk entry aku hari ni adalah berbentuk soalan iaitu... KENAPA? Kenapa lelaki normal susah sangat nak terima perempuan OKU? Dan kenapa lelaki OKU pun susah nak terima perempuan OKU? Ok kalau lelaki normal tu aku faham la kenapa di orang susah nak terima perempuan OKU pertamanya sebab diorang akan terfikir (sedangkan diri sendiri pun susah nak jaga inikan pula dia nak jaga aku nanti) ya memang betul ianya tak salah kalau diorang fikir macam tu sebab of course la diorang nak yang terbaik untuk diri diorang (walaupun diri diorang tak berapa nak baik) kalo aku normal pun akan terfikir perkara yang sama... Yang keduanya.. Diorang akan terfikir OKU ni akan menjadi bebanan kepada mereka sebab dalam pemikiran orang normal ni diorang tak kan espek apa yang OKU ni mampu buat... Contohnya dalam aspek menguruskan hal berkaitan rumah tangga.... Kemas rumah  sidai kain, masak, basuh baju, layanan kepada suami (kalo yang dah kahwin) ....dalam pemikiran orang normal akan ada satu tanda tanya iaitu...macam mana OKU nak uruskan semua perkara yang dinyatakan di atas... Sedangkan kalo OKU itu sendiri diberi peluang diorang boleh je buat selaras dengan cara orang normal buat cumanya cara adalah berbeza... Contohnya mop & sapu lantai, kalo orang normal diorang akan berdiri untuk lakukan  Kerja2 tersebut... berbeza dengan OKU... diorang akan menggunakan wheelchair untuk membuat Kerja2 tersebut sama juga dengan masak kalo orang normal dia akan berdiri untuk masak tapi OKU akan menggunakan kerusi untuk memudahkan Kerja2 memasak... Nampak tak?  OKU boleh buat kerja cuma nya cara kami berbeza dengan orang normal... Jangan prejudis dengan OKU sebab ORANG NORMAL TAK KAN SELAMANYA MENJADI NORMAL dan ORANG NORMAL LA PALING SENANG SEKALI JADI CACAT. sekian coretan dari aku 

Wednesday, September 12, 2018

Kisah rumah tangga

Hai apa khabar semua  korang sihat ke ? Dh makan? Haaaaa Ok2 hari aku nak criter tentang kisah rumah tangga.
Sejak kebelakangan ni aku tengok dan banyak  criter tentang keganasan rumah tangga  isteri buat hal suami tak bagi nafkah tak bertanggungjawab haiiiihhh pening kepala aku dan  membuatkan diri ini takot untuk kahwin, ye la kang kalo dapat lelaki lelaki yang tak guna tu kang macam mana? Mau nyer la aku ni meroyan plak.
Tadi masa aku kat ofis tinggal lagi beberapa minit nak balik tangan aku ni saja saja la on hanset dan aku layari fb... guest what????
Apa yang aku baca kat status seorang kawan aku masa aku belajar dulu WHAT??OMG!!!!!
Kawan aku ni dah kahwin so di orang ni pasangan OKU la dan dah hidup Bersama dalam 6 tahun gitu( dari apa yang aku baca kat status diorang tadi ) ok aku faham setiap pasangan confirm ada pertelingkahan dalam rumah tangga cuma nya yang mematangkan pasangan adalah cara korang mengatasi sesuatu masalah yang melanda dengan rasional atau pun emosi? Di bawah ini adalah cara cara yang aku fikir boleh diguna pakai untuk panduan pasangan yang baru dan yang dah lama mendirikan rumah tangga :
Korang perlu kenal pasti punca masalah itu berlaku.
Korang perlu dapatkan penjelasan dari pasangan tentang punca tersebut.
Korang perlu luahkan apa yang terbuku di hati dengan pasangan masing2 supaya pasangan korang tahu kesilapan diri dan cuba guide pasangan korang Supaya tidak ulangi perbuatan yang sama berulang kali.
Cara korang komunikasi dengan pasangan amat penting  Contohnya : kalo pasangan korang tu jenis yang baran korang jangan la simbah lagi dengan  Minyak ( jangan plak korang pergi simbah minyak petrol plak itu nak mati nama nya) korang kena la cakap elok elok bercakap dengan intonasi yang betul alaaaaa senang criter macam ni la macam  mana korang bercinta dulu dulu pun ada juga bergaduh kan? So cara apa yang korang gunakan untuk pujuk pasangan korang? Haaaaa cara tu juga la yang korang gunakan dalam alam rumah tangga ni, tak susah kan? Cuma korang je yang merumitkan keadaan.
Kalo nak bergaduh tu tolong la jangan tulis status kat fb, ya Allah korang tak malu ke? Criter pasal dalam kain luar kain sume bagai eeeeee tu la nye orang nak bercinta ko nak bercinta orang nak kahwin ko nak kahwin tapi tak pandai handle lepas tu bila ada masalah Masing2 meroyan dalam fb yang bini buat status yang laki dok komen2 adoi la haiiii korang ni cuba la jadi DEWASA sikit tak boleh ke? Time nak "main" tahu plak nak jadi Dewasa, tolong la jangan kahwin sebab nafsu tak kan kekal lama beb please be matured ok guys.
Ini la yang terjadi kat status fb kawan aku tadi tak pasal pasal satu dunia tahu tentang masalah ko masalah yang sangat peribadi, kepada para silent readers dan readers korang boleh guna cara yang aku bagi tu untuk masa depan korang dan masa depan aku jugak  tolong la ajar diri menjadi matang dan belajar untuk banyak membaca sebab bila banyak membaca pemikiran akan terbuka dan kita dapat banyak cara untuk penyelesaian masalah kalau bukan sekarang pun ia nya pasti akan tiba. Ok la guys aku tido dulu  ok daaa jadah nya daa